Memaparkan catatan dengan label sepiaail. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sepiaail. Papar semua catatan

Selasa, 23 September 2014

Travelog Haji Mak 1

Alhamdulillah, malam pertama tiba di Makkah mak telah dikunjungi oleh Sahabat Pak Muda Ust Badrul Hakimi yang sedang bertugas sebagai mutawwif di sana. 
terima kasih di ucapkan kepada Ust Badrul Hakimi kerana sudi menjenguk mak ambo sewaktu malam pertama tiba di sana, apa yang lebih berharga ialah dapat melihat wajah mak ketika berada di Tanah Suci, walaupun jelas kelihatan mak agak keletihan. semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada Mak dalam menjalani ibadah suci.
Semoga Allah memudahkan segala urusan mak sewaktu berada di sana, Maha Suci Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, walaupun pada awalnya anak cucu mak agak kerisauan memandangkan mak kesana seorang diri, setelah permohonan PakTeh untuk mengiringi mak di Tanah Suci tidak berjaya, akhirnya Allah menzahirkan kebesaranNya dengan nikmat yang diberikan kepada Mak. Mak dikelilingi oleh mereka yang dekat dengan mak sebenarnya. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar! walillahil hamd, Engkau permudahkanlah sehingga keakhirnya urusan Haji Bondaku tercinta. 

Satu demi satu pertolongan yang Allah berikan kepada Bonda tercinta, pada hari pertama lagi mak sekali lagi didampingi oleh Kak Long Poksu yang memang dirancang oleh Allah untuk berada di hotel yang sama dengan mak. Allahu Rabbi. Semakin banyak nikmat yang Engkau berikan kepada kami Ya Allah. Semakin kami merasakan kebesaranMu Ya Allah.
Kak Long Poksu yang pastinya bukan secara kebetulan, tetapi memang dirancang rapi oleh Allah swt untuk berada bersama-sama dengan mak di Hotel yang sama. Ya Allah, kekalkanlah rahmat dan nikmat ini kepada bondaku tercinta.

Isnin, 22 September 2014

menyahut seruan Ilahi


Alhamdulillah, setelah sekian lama mengimpikan untuk melaksanakan Haji setelah beberapa kali di tangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, akhirnya kali ini tepat 21/9/2014, hari ahad jam 9.30 malam mak telah bersedia berangkat ke Tanah Suci, di iringi linangan air mata dari anak-anak dan doa suci agar keberangkatan mak ke Makkah kali ini mendapat haji yang Mabrur. di mohon juga agar mak memanjatkan doa semoga anak-anak mak semuanya juga akan dapat mengikuti jejak langkah mak mengerjakan haji dalam masa terdekat. baru dapat makluman dari Tabung Haji, Penerbangan KT55 telah selamat mendarat di Jeddah. alhamdulillah...kami bangga mak telah diundang oleh Allah ke rumahnya. dan kami yakin Allah akan menjaga mak sepanjang mak berada di sana. Amin.....
di Kelana Jaya, bergambar sebelum masuk ke dalam tempat Pemeriksaan

anak cucu yang hantar mak sehingga ke Kelana Jaya, menunggu sehingga mak di panggil masuk ke dalam bangunan

Pok Teh dan Mok Teh, setia menunggu

cucu cicit yang ikut serta di Kelana Jaya




jamuan yang disediakan oleh Mok Teh and Pokteh

makda sedang buka butik "faridah"

Jumaat, 16 Ogos 2013

Program Family Day di Janda Baik

Bertepatan tarikh 5 april 2013, jumaat. sesuai seperti yang telah dipersetujui terutamanya paksu sebagai penganjur program kali kedua hari keluarga, masing-masing bertolak dari destinasi ke tapak program dengan masing-masing membawa bekalan berupa peralatan masak dan juga bahan mentah untuk memasak. sesampai di tapak program lebih kurang jam 7.45 malam setelah merentasi hutan yang agak mencabar jalannya. tapak penginapan rasanya lebih kurang 20 km dari Genting Sempah. keluarga paksu telah pun sampai terlebih dahulu, sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai penyelaras atau penganjur program. diikuti oleh keluarga pakmuda, paklong dan yang terakhir keluarga pakteh.
Program kali ini rasanya lebih berjaya kerana ramai dikalangan ahli keluarga lainnya dapat bersama-sama menjayakannya termasuk keseluruhan keluarga Paklong, Mak dan beberapa orang anak saudara lainnya. program berlangsung selama dua hari sabtu dan ahad meninggalkan banyak kenangan manis. namun sayangnya tak banyak gambar yang dapat diambil mungkin kerana terlalu seronok dengan aktiviti keluarga masing-masing. 
Di bawah disertakan beberapa keping photo yang sempat diambil untuk kenangan bersama, sekiranya ada gambar2 lain boleh la di emailkan kepada pakmuda untuk dimasukkan kedalam blog ini untuk kenangan bersama.

Khamis, 14 Februari 2013

Family day di Pangkor Island

Alhamdulillah selamat sudah satu misi mengumpul adik beradik, walaupun tidak semua sekali sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina, seperti yang telah dirancang iaitu untuk mengadakan percutian adik beradik (Keluarga Pakteh, Pakmuda dan Maksu) di Pulau Pangkor semasa cuti perayaan. Untuk memastikan proses berjalan lancar, tempahan penginapan telah dilakukan sebulan lebih awal. Pakmuda telah pun menempah bilik di Teluk Nipah sebanyak 3 bilik. Dengan kos sebanyak RM230.00 sebilik.
Alhamdulillah pada hari pertama percutian bermula, kami bertolak ke Lumut melalui Sungkai, Telok Intan seawal jam 4 pagi. Ini untuk mengelakkan dari terperangkap dengan kesesakan lalu lintas yang menghala ke Lumut. Sampai di Masjid Lekir berhampiran Pekan Datoh kami solat subuh berjemaah.

Sehabis solat subuh kami meneruskan perjalanan melalui Pekan Manjong dan tiba di Pekan Lumut tepat jam 6.45 pagi. Jam 7 pagi parking kereta di tempat parking bertingkat yang disediakan di Lumut. Jam 7.30 Helmi (agen penginapan di Pangkor) telefon supaya datang ke kaunter. Jam 8.15 pagi kami berlepas dari Jeti Lumut ke Pangkor. Dalam feri yang agak sesak, sehinggakan Pakmuda terpaksa berdiri sepanjang perjalanan.



Lebih kurang jam 8.45 pagi tiba di Pulau Pangkor, dari jeti terus ke Penginapan dengan menyewa 2 buah van dan lebih kurang jam 9.10 minit sampai di Fanvill resort di Teluk Nipah.
  
Selepas menurunkan barang dan masuk penginapan kami bersarapan terlebih dahulu dengan nasi lemak yang dimasak oleh mak muda. Jam 11.00 pagi mula memantau2 keadaan cuaca dan keindahan Teluk Nipah. Sekadar melihat2 lebih kurang satu jam Balik ke penginapan. Makan tengahari disediakan oleh maksu. Sardin dan telur dadar. Simple tapi bila perut lapar dan makan pula ramai2 terasa sedap hingga menjilat jari.




Sebelah petang keluar ke pantai, tapi nasib tak berapa baik sebab hujan sepanjang petang. Anak2 tetap tidak melepaskan peluang untuk mandi sedangkan Kami sekadar melihat2 pakaian dan mencari makanan untuk sarapan malam. Malam takde kemana2 sebab hujan ditambah dengan letih. Lepas masak maggi dan bakar hotdog, burger dan lain-lain. Kami memilih untuk tidur sahaja.


Hari kedua, jam 7.15 pagi keluar sambil cari nasi lemak, ajak anak2 untuk mandi laut. Dari jam 7.30 sampai hampir jam 10.30 pagi mereka masih keberatan bila diajak balik. Apa nak buat, memang la tak puas mandi kan? Tapi kita dah kena chek out pada jam 12.00 tengahari. Selepas chek out minta pihak resort panggil van untuk bawa kami ke Jeti Pangkor.

Sampai di Jeti memang dah agak laa, kena beratur panjang untuk menaiki feri. Namun tak la seteruk si Jeti Lumut, hampir 200 meter beratur sesak nak ke Pangkor. Selepas membeli belah sikit kat Jeti Lumut kami pun bertolak balik dan singgah sebentar di Pekan Teluk Intan untuk makan tengahari. Sambil berposing di Menara Condong Telok Intan.


Setelah itu Pakteh dan Paksu meneruskan perjalanan balik melalui Sabak Bernam sementara Pakmuda meneruskan perjalanan melalui Langkap, Sungkai dan akhirnya sampai di Rumah jam 5.30 petang.

Insyaallah kalau ada peluang dan kesempatan kita akan meneruskan aktiviti sebegini dan kalau boleh nak ajak semua keluarga termasuk mak, Paklong, Pakngah, Pakda, Pakteh dan Paksu dengan keluarga masing2 untuk meneruskan aktiviti sebegini. Diharapkan dengan adanya aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan di dalam keluarga masing2 dan juga hubungan kekeluargaan seluruhnya. Apa kata kita ke Johor pula hujung tahun ini.

Sabtu, 17 September 2011

Ziarah Kubur (Kubur Wakaf 2)









Anak cucu almarhum pak muda ya



Disinilah bersemadinya Che wo, mokwo dan kakak tercinta Khatijah


Pak Dik sedang membaca Yasin di kuburan Allmarhum Kedua ayahbondanya