Alhamdulillah, ditakdirkan Allah untuk dapat menunaikan umrah buat kali pertamanya dengan ibunda tercinta, pada bulan kelahiran iaitu disember 2016. terima kasih buat semua adik beradik yang bersusah payah menolong dalam banyak perkara, terutama poksu sekeluarga yang menjadi persinggahan awal sebelum berangkat, poklong sekeluarga yang sanggup datang dari jauh bersama anak-anak dan cucu sedara, pokteh sekeluarga, faiz seklamin dan semua la ye. hari sabtu berangkat dari KLIA2 ke Airport Jeddah
SEPIAAIL
TIADA KEINDAHAN TANPA PERJUANGAN, TIADA KEBAHAGIAAN TANPA KASIH SAYANG.
Ahad, 12 Februari 2017
Pakda naik rumah baru
Bertolak dari rumah di Slim River pada 16.10.2009 jam lebih kurang 12.30 tgh hari melalui Batang Kali dan melewati Kota Peranginan Genting Highlands, singgah sebentar di Petronas sebelum Tol Bentong. Dek kerana kepenatan dan mengantuk sangat kerusi pemandu diambil alih oleh mama, abah bersama kakak Syamimi di sebelah. mama meneruskan pemanduan sehingga ke R&R Maran, berhenti di sini untuk menjamah bekalan yang sememangnya telah dibawa dari rumah lagi.
Selasa, 23 September 2014
Travelog Haji Mak 1
Alhamdulillah, malam pertama tiba di Makkah mak telah dikunjungi oleh Sahabat Pak Muda Ust Badrul Hakimi yang sedang bertugas sebagai mutawwif di sana.
Semoga Allah memudahkan segala urusan mak sewaktu berada di sana, Maha Suci Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, walaupun pada awalnya anak cucu mak agak kerisauan memandangkan mak kesana seorang diri, setelah permohonan PakTeh untuk mengiringi mak di Tanah Suci tidak berjaya, akhirnya Allah menzahirkan kebesaranNya dengan nikmat yang diberikan kepada Mak. Mak dikelilingi oleh mereka yang dekat dengan mak sebenarnya. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar! walillahil hamd, Engkau permudahkanlah sehingga keakhirnya urusan Haji Bondaku tercinta.
Satu demi satu pertolongan yang Allah berikan kepada Bonda tercinta, pada hari pertama lagi mak sekali lagi didampingi oleh Kak Long Poksu yang memang dirancang oleh Allah untuk berada di hotel yang sama dengan mak. Allahu Rabbi. Semakin banyak nikmat yang Engkau berikan kepada kami Ya Allah. Semakin kami merasakan kebesaranMu Ya Allah.
Isnin, 22 September 2014
menyahut seruan Ilahi
anak cucu yang hantar mak sehingga ke Kelana Jaya, menunggu sehingga mak di panggil masuk ke dalam bangunan |
Pok Teh dan Mok Teh, setia menunggu |
cucu cicit yang ikut serta di Kelana Jaya |
jamuan yang disediakan oleh Mok Teh and Pokteh |
makda sedang buka butik "faridah" |
Ahad, 7 September 2014
Ahad, 15 Disember 2013
Langgan:
Catatan (Atom)