Rabu, 6 Ogos 2008

Perkara yang membatalkan wudhu’

Ulama’ sepakat : kencing, berak, keluar angin (kentut), keluar madzi dan wadi. Membatalkan wudhu’
Mereka berselisih pendapat tentang:
1. Najis yang keluar dari badan.

a- Imam Abu Hanifah, apa sahaja yang keluar dari badan (jenis najis) dari arah mana sekalipun seperti darah dan muntah maka wajib berwudhu’.
b- Imam As-Syafi , yang menjadi dasar ialah (tempat keluar) bila keluar dari dua tempat keluar (Qubul dan dubur) apa sahaja yang keluar baik darah, batu kecil atau lendir maka batal wudhu’
c- Imam Malik, berpendapat yang harus diperhatikan adalah cara keluarnya, sekiranya keluar secara normal atau sehat maka membatalkan wudhu’, jadi sekiranya keluar darah, batu kecil atau cacing maka tidak wajib wudhu’

2. Masalah tidur.

Hadits dari Ibnu Abbas r.a:
“bahawa Nabi saw masuk kerumah Maimunah, lalu baginda tidur disana, sampai kita dengar berdengkur. Kemudian ia bangun lalu solat tanpa wudhu’”

a- Imam Abu Hanifah, orang yang tidur berbaring sahaja wajib berwudhu’
b- Imam Malik, orang yang tidur duduk kalau lama wajib wudhuk tapi kalau seketika tidak perlu wudhuk.
c- Imam Syafi’e, semua jenis tidur batal wudhuk kecuali orang yang tidurnya duduk.

3. Menyentuh wanita
“bahawa nabi saw. Pernah menyentuh ‘Aisyah ketika beliau sujud dengan tangannya, dan kemungkinan ‘Aisyah juga menyentuh baginda”

Habib bin Abu Tsabit dari ‘Urwah Katanya : “bahwa nabi saw. Mencium salah seorang isterinya, lalu beliau pergi untuk solat tanpa wudhu’ terlebih dahulu. Kemudian saya mengatakan, Dia (seorang isteri itu) tidak lain adalah anda sendiri. Lalu ‘Aisyah tersenyum.

a- Abu Hanifah, tidak wajib berwudhu’ bagi sesiapa sahaja yang menyentuh atau disentuh, bahkan dalam keadaan suami isteri tidur dalam keadaan telanjang dan saling bersentuhan kulit mereka. Kecuali jikalau adanya madzi yang keluar dari mereka atau kemaluan lelaki diletakkan di kemaluan perempuan dalam keadaan tegang.
b- Imam Malik, sekiranya sewaktu menyentuh itu disertai rasa nikmat atau dimaksudkan untuk mencari nikmat baik secara berlapik atau tidak, begitu juga dalam hal menyentuh pemuda yang tampan maka membatalkan wudhuk, sekiranya tidak untuk tujuan itu maka tidak membatalkan wudhu’, kecuali berciuman, tidak disyaratkan kenikmatan atau tidak.
c- Imam Syafi’e, bersentuhan lelaki dan perempuan secara mutlak adalah batal wudhu’ dengan syarat bersentuh tanpa adanya penghalang, walau sekalipun yang disentuh itu adalah mayat. Menanggapi hadits di atas, imam Syafi’e mengatakan sekiranya hadits mengenai mencium itu adalah shahih, maka saya berpendapat adalah tidak ada wudhu’ kerana mencium atau menyentuh.
d- Imam Hanbali, hampir sama dengan Syafi’e , hanya sahaja orang yang disentuh tidak batal wudhu’ walaupun merasakan nikmat. Lebih ketat lagi mereka menghukumkan batal wudhu’ walaupun menyentuh mahram, sekalipun ibunya atau saudara perempuannya.

Di dalam kitab fiqh sunnah karangan Sayyid Sabiq merumuskan bahawa menyentuh perempuan tanpa ada lapik adalah tidak membatalkan wudhu’. Hal yang demikian berdasarkan hadits yang dikeluarkan oleh Ishak bin Rahawaih. Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw menciumnya sedang beliau berpuasa, kemudian nabi bersabda; ciuman itu tidaklah merusak wudhu’ dan tidak pula membatalkan puasa” hadits ini dikeluarkan juga oleh Bazzar dengan sanad yang cukup baik.
Juga berdasarkan hadits dari Aisyah: pada suatu malam aku kehilangan Rasulullah saw. Dari tempat tidur, kebetulan tanganku meraba telapak kakinya yang tertegak kerana ia sedang sujud dan membaca doa yang maksudnya “ya Allah, aku berllindung dengan ridhaMu dari murkaMu, berlindung di bawah naunganMu dari siksaMu, pendeknya aku berlindung denganMu daripadaMu, tiada terbilang puji-pujianku kepadaMu… (hadits riwayat muslim dan Turmudzi mengesahkannya).
Sementara itu masih banyak hadits-hadits lain yang menyokong pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan itu tidak membatalkan wudhu’, apalagi bila kembali merenungi maksud ayat tentang wudhu’, surah al-maidah ayat 6 perkataan “laamastumunnisaa’” sebahagian ulama’ mengartikan sebagai bersetubuh.
Namun nasihat saya kepada para pembaca agar jangan mengikut hanya dengan sedikit membaca tanpa pengetahuan yang mendalam sehingga akhirnya membawa kepada masalah talfiq (percampuran sesuatu pandangan ulama’ mazhab sehingga terkeluar dari semua pandangan ulama’), ambil yang senang sahaja, yang akan menjerumuskan seseorang itu kelembah kefasikan.
Sekiranya ingin berpegang kepada pendapat Hanafiyah, yakni tidak batal wudhu’ bila bersentuh lelaki dan perempuan, maka berwudhu’lah sebagaimana wudhu’nya ulama’ Hanafiyah.

4. Menyentuh dzakar (kemaluan lelaki)

a- Imam Abu Hanifah, tidak batal meskipun disentuh dalam keadaan syahwat dan dengan tapak tangan
b- Imam Malik, batal menyentuh dzakar dengan beberapa syarat:
i. Menyentuh zakarnya sendiri yang masih melekat padanya.
ii. Dewasa
iii. Tidak berlapik
iv. Dengan tapak tangan bahagian dalam
c- Imam Syafi’e, batal menyentuh dzakar secara mutlak baik yang sendiri maupun kepunyaan orang lain, samada yang masih melekat maupun yang sudah terpisah dari badannya, dengan syarat:
i. Tidak berlapik
ii. Dengan tapak tangan

Tiada ulasan: