Jumaat, 16 Ogos 2013

Program Family Day di Janda Baik

Bertepatan tarikh 5 april 2013, jumaat. sesuai seperti yang telah dipersetujui terutamanya paksu sebagai penganjur program kali kedua hari keluarga, masing-masing bertolak dari destinasi ke tapak program dengan masing-masing membawa bekalan berupa peralatan masak dan juga bahan mentah untuk memasak. sesampai di tapak program lebih kurang jam 7.45 malam setelah merentasi hutan yang agak mencabar jalannya. tapak penginapan rasanya lebih kurang 20 km dari Genting Sempah. keluarga paksu telah pun sampai terlebih dahulu, sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai penyelaras atau penganjur program. diikuti oleh keluarga pakmuda, paklong dan yang terakhir keluarga pakteh.
Program kali ini rasanya lebih berjaya kerana ramai dikalangan ahli keluarga lainnya dapat bersama-sama menjayakannya termasuk keseluruhan keluarga Paklong, Mak dan beberapa orang anak saudara lainnya. program berlangsung selama dua hari sabtu dan ahad meninggalkan banyak kenangan manis. namun sayangnya tak banyak gambar yang dapat diambil mungkin kerana terlalu seronok dengan aktiviti keluarga masing-masing. 
Di bawah disertakan beberapa keping photo yang sempat diambil untuk kenangan bersama, sekiranya ada gambar2 lain boleh la di emailkan kepada pakmuda untuk dimasukkan kedalam blog ini untuk kenangan bersama.