Khamis, 14 Februari 2013

Family day di Pangkor Island

Alhamdulillah selamat sudah satu misi mengumpul adik beradik, walaupun tidak semua sekali sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina, seperti yang telah dirancang iaitu untuk mengadakan percutian adik beradik (Keluarga Pakteh, Pakmuda dan Maksu) di Pulau Pangkor semasa cuti perayaan. Untuk memastikan proses berjalan lancar, tempahan penginapan telah dilakukan sebulan lebih awal. Pakmuda telah pun menempah bilik di Teluk Nipah sebanyak 3 bilik. Dengan kos sebanyak RM230.00 sebilik.
Alhamdulillah pada hari pertama percutian bermula, kami bertolak ke Lumut melalui Sungkai, Telok Intan seawal jam 4 pagi. Ini untuk mengelakkan dari terperangkap dengan kesesakan lalu lintas yang menghala ke Lumut. Sampai di Masjid Lekir berhampiran Pekan Datoh kami solat subuh berjemaah.

Sehabis solat subuh kami meneruskan perjalanan melalui Pekan Manjong dan tiba di Pekan Lumut tepat jam 6.45 pagi. Jam 7 pagi parking kereta di tempat parking bertingkat yang disediakan di Lumut. Jam 7.30 Helmi (agen penginapan di Pangkor) telefon supaya datang ke kaunter. Jam 8.15 pagi kami berlepas dari Jeti Lumut ke Pangkor. Dalam feri yang agak sesak, sehinggakan Pakmuda terpaksa berdiri sepanjang perjalanan.



Lebih kurang jam 8.45 pagi tiba di Pulau Pangkor, dari jeti terus ke Penginapan dengan menyewa 2 buah van dan lebih kurang jam 9.10 minit sampai di Fanvill resort di Teluk Nipah.
  
Selepas menurunkan barang dan masuk penginapan kami bersarapan terlebih dahulu dengan nasi lemak yang dimasak oleh mak muda. Jam 11.00 pagi mula memantau2 keadaan cuaca dan keindahan Teluk Nipah. Sekadar melihat2 lebih kurang satu jam Balik ke penginapan. Makan tengahari disediakan oleh maksu. Sardin dan telur dadar. Simple tapi bila perut lapar dan makan pula ramai2 terasa sedap hingga menjilat jari.




Sebelah petang keluar ke pantai, tapi nasib tak berapa baik sebab hujan sepanjang petang. Anak2 tetap tidak melepaskan peluang untuk mandi sedangkan Kami sekadar melihat2 pakaian dan mencari makanan untuk sarapan malam. Malam takde kemana2 sebab hujan ditambah dengan letih. Lepas masak maggi dan bakar hotdog, burger dan lain-lain. Kami memilih untuk tidur sahaja.


Hari kedua, jam 7.15 pagi keluar sambil cari nasi lemak, ajak anak2 untuk mandi laut. Dari jam 7.30 sampai hampir jam 10.30 pagi mereka masih keberatan bila diajak balik. Apa nak buat, memang la tak puas mandi kan? Tapi kita dah kena chek out pada jam 12.00 tengahari. Selepas chek out minta pihak resort panggil van untuk bawa kami ke Jeti Pangkor.

Sampai di Jeti memang dah agak laa, kena beratur panjang untuk menaiki feri. Namun tak la seteruk si Jeti Lumut, hampir 200 meter beratur sesak nak ke Pangkor. Selepas membeli belah sikit kat Jeti Lumut kami pun bertolak balik dan singgah sebentar di Pekan Teluk Intan untuk makan tengahari. Sambil berposing di Menara Condong Telok Intan.


Setelah itu Pakteh dan Paksu meneruskan perjalanan balik melalui Sabak Bernam sementara Pakmuda meneruskan perjalanan melalui Langkap, Sungkai dan akhirnya sampai di Rumah jam 5.30 petang.

Insyaallah kalau ada peluang dan kesempatan kita akan meneruskan aktiviti sebegini dan kalau boleh nak ajak semua keluarga termasuk mak, Paklong, Pakngah, Pakda, Pakteh dan Paksu dengan keluarga masing2 untuk meneruskan aktiviti sebegini. Diharapkan dengan adanya aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan di dalam keluarga masing2 dan juga hubungan kekeluargaan seluruhnya. Apa kata kita ke Johor pula hujung tahun ini.