Isnin, 7 Disember 2009

abe dan wi berkhatan


tanggal 4 hb 12 2009, bersamaan 3 zulhijjah hari jumaat tepatnya jam 3.30 petang abe telah dikhatankan oleh abg nor HA di rumah maknya Padang Nibong. Abe memulai khatannya dengan satu jeritan yang menggamatkan dan membuatkan penghuni rumah yang lainnya terdiam. seterusnya suara rengetan abe berterusan sehinggalah selesainya proses menjahit. seterusnya disusuli pula dengan wi yang juga memulakan tangisan sebelum bermulanya proses berkhatan. tapi setelah dipujuk selepas disuntik dan dah terasa kesan ubat bius wi pun mula diam dan bercakap dengan abah. hampir 5.30 ptg baru selesai proses dan kami pun balik kerumah mak.
foto-foto abe dan wi selepas berkhatan



di pantai Bisikan Bayu

hari raya qurban 2009


Alhamdulillah, qurban tahun ini walaupun dalam keadaan banjir di Kelantan namun al-hamdulillah pada hari raya pertama hingga ke hari raya ke tiga ditakdirkan tiada hujan, jadi keseluruhannya ibadah qurban sempat di laksanakan dengan sebaik mungkin walaupun tahun ini mungkin agak sederhana sahaja pelaksanaan ibadah ini.
Seperti biasa jam 8.30 pagi kami memulakan solat idul fitri (tahun ini d Chenderung Kubu Chabang 4) sebagai imam dan khatib, selesai solat penduduk kampung bergotong royong merebahkan lembu untuk disembelih qurban.selesai penyembelihan pak muda balik ke rumah di bachok untuk beraya dengan keluarga disini. pada tahun ini cuma pak muda dan pakteh sahaja yang balik,
pakteh ambil dua bahagian dirumah chewil che ghonah. itupun Pakteh sempat beraya cuma sampai hari raya ke tiga sahaja, hari raya ke 4 pagi-pagi lagi dah bertolak maklum lah kerana urusan pekerjaan sedang menunggu pada hari selasa. sementara yang lain mungkin masing-masing sibuk di kampung halaman masing-masing. maksu balik Kedah rumah paksu. pada hari yang ke 5 baru balik ke Bachok, sempat la untuk 3 hari berada dirumah Bachok sebelum hari sabtu bertolak balik ke Kuala Lumpur. sekarang ni tinggal pakmuda sahaja la selain pakngah yang memang tinggal kat sini yang masih menemani mak dan cheik.
Cuti persekolahan kali ini juga memang menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan buat abang dan wi kerana terpaksa terbaring sahaja kat rumah mak, tak dapat kemana-mana (kena potong). sabar je la abe dan wi.