Isnin, 14 April 2008

Buat renungaN untuk seorang anak

Buat renungaN

untuk aku sendiri sebenarnya. cerita ni aku dapat dari e-mail yang dihantar kepada aku. aku sungguh rasa terharu sebenarnya kerana ia melibatkan seorang ayah, yang aku sendiripun sebenarnya ada seorang ayah yang uzur di kampung. namun disebabkan kesibukan kerja dan berada ditempat yang agak jauh untuk aku berulang alik yang dapat aku buat hanyalah bertanya khabar melalui telefon. bila aku terbaca cerita dibawah ini baru aku sedar kenapa mak aku yang selalu aku ajak untuk datang sesekali kerumah aku ni dia menolak.

ceritanya begini...(saya dalam cerita dibawah ni adalah anggota polis)
Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah. Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menanti saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang kesan kesan jenayah.

TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atas sofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas
mayat satu lelaki, berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar...
saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah....dan buat pemeriksaan. Ada dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel.
rumah usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk...ada sedikit beras dan minyak masak.

Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun....saya menghubungi satu no tel.di jawab oleh seorg perempuan muda...20 tahun...dan itu cucunya...mayat di bawa ke Hospital Ipoh untuk b edah siasat esoknya. di mana anak anaknya?baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti, menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan...mungkin ayah tak mahu mengikut...berdasar kan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada hari anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang mayat telah seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang menghurungi mayat.
saya menegur anaknya di bilik mayat...tentang kesilapan mereka meninggalkan ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif...tanpa menghubungi, tiada link dgn jiran jiran...seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup mengecam mayat ayah mereka...apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan mengecam...sejurus sebelum pengsan.

kenapa sampai jadi begini ? apa yg tak kena?

lihatlah gambar-gambarnya