Sabtu, 15 Disember 2007

bersederhanalah dalam beribadat

Dari Anas r.a., katanya: Ada tiga orang badwi datang ke rumah isteri-isteri Nabi s.a.w. menanyakan tentang hal bagaimana ibadah Nabi s.a.w. Kemudian setelah mereka diberitahu lalu seolah-olah mereka menganggap ibadah beliau. s.a.w. itu sedikit saja. Lalu mereka berkata: "Ah, di manakah kita ini - maksudnya: Kita ini jauh perbezaannya kalau dibandingkan dari Nabi s.a.w. padahal beliau itu telah diampuni segala dosanya yang lampau dan yang akan datang."
Seorang dari mereka itu berkata: "Adapun saya ini, maka saya bersembahyang semalam suntuk selama-lamanya." Yang lain pula berkata: "Adapun saya, maka saya berpuasa sepanjang tahun dan tidak pernah saya berbuka." Yang seorang lagi berkata: "Adapun saya, maka saya menjauhi para wanita, maka sayapun tidak akan kawin selama-lamanya."
Rasulullah s.a.w. kemudian menemui mereka lalu bersabda: "kamu semuakah yang mengatakan demikian, demikian? sungguh, demi Allah, sesungguhnya aku ini adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu semua kepada Allah dan paling takut kepadaNya, tetapi aku juga berpuasa dan berbuka, aku juga bersembahyang tetapi aku juga tidur, aku berkawin dengan para wanita. Maka barangsiapa yang enggan mengikuit cara perjalananku, maka ia bukanlah termasuk dalam golonganku." (Muttafaq 'alaih)

Dalam hadits lain Dari Abu Muhammad, yaitu Abdullah bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Nabi s.a.w. diberitahu bahwasanya aku berkata: Demi Allah, aku akan berpuasa pada pagi hari dan berdiri bersembahyang di waktu malam - maksudnya setiap hari, siangnya berpuasa dan malamnya bersembahyang sunnah, selama hidupku." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Apakah engkau yang berkata sedemikian itu?" aku menjawab kepadanya: "benar, saya berkata demikian itu, bi-abi anta wa ummi, ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Sesungguhnya engkau tidak mampu melaksanakan itu, maka dari itu berpuasalah, tapi berbukalah, tidurlah dan juga berdirilah (bersembahyang malam). Dalam sebulan itu berpuasalah tiga hari, sebab sesungguhnya kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Jadi tiga hari sebulan itu sama dengan berpuasa setahun penuh." aku berkata: "Saya masih mampu beramal lebih dari itu." Baginda s.a.w, bersabda: "Kalau begitu berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari." aku berkata lagi: "Saya masih mampu beramal yang lebih utama dari itu."Baginda s.a.w. bersabda: "Kalau begitu berpuasalah sehari dan berbukalah sehari pula. Yang sedemikian itu adalah puasanya Nabi Dawud a.s. dan inilah sebaik-baiknya berpuasa." Dalam riwayat lain disebutkan: "Yang sedemikian itu adalah seutama-utamanya berpuasa." aku berkata lagi: "Saya masih mampu beramal lebih dari itu." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Tidak ada yang lebih utama daripada puasa seperti Nabi Dawud a.s. itu." Sebenamya andaikata aku menerima saja tiga hari yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. -pertama kali - itu adalah lebih kucintai daripada seluruh keluarga dan hartaku."
Dalam riwayat lain disebutkan demikian:
Nabi s.a.w. bersabda: "Benarkah saya telah diberitahu bahwasanya engkau berpuasa pada siang hari dan bersembahyang sunnah setiap malamnya?" aku menjawab: "Benar, ya Rasulullah." Baginda lalu bersabda: "Jangan mengerjakan seperti itu. Berpuasalah dan berbukalah, tidurlah dan bangunlah, karena sesungguhnya untuk tubuhmu itu ada hak atas dirimu, kedua matamu pun ada haknya atas dirimu, isterimu juga ada hak atasmu, untuk tamumu pun ada hak atasmu. Sebenamya sudah cukuplah jikalau untuk setiap bulan itu engkau berpuasa sebanyak tiga hari saja, sebab sesungguhnya setiap kebaikan itu diberi pahala dengan sepuluh kali gandanya. Jadi berpuasa tiga hari setiap bulan itu sama halnya dengan berpuasa setahun penuh." Saya (maksudnya Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash) mengeras-ngeraskan sendiri lalu diperkeraskanlah atas diriku. aku berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya masih mempunyai kekuatan untuk lebih dari itu." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kalau begitu berpuasalah seperti puasanya Nabiullah Dawud dan jangan engkau tambahkan lagi dari itu - yakni sehari berpuasa dan sehari berbuka." Saya bertanya: "Bagaimanakah berpuasanya Dawud a.s.?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ia berpuasa setengah tahun."
Abdullah, setelah tuanya berkata: "Alangkah baiknya jikalau dahulu saya terima saja keringanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w."

Jumaat, 14 Disember 2007

hari keluarga PSAS

8 september 2007, kira hari bersejarah jugak laa sebab kami Ahli Jawatan Kuasa Persatuan PSAS dengan dibantu oleh rakan-rakan staff dari pelbagai Jabatan terutamanya kawan-kawan kamcing aku la dari Jabatan Pengajian Am (tak sebut takut kecik hati pulak) yang banyak bantu aku telah berjaya mengadakan hari keluarga dan sukaneka pada hari tersebut. Banyak jugak la kegiatan yang telah dilaksanakan. dan yang paling penting hari tu, selain dapat makanan yang sangat istimewa kami juga menyediakan lucky draw. tergolek-golek jugak la yang dapat hadiah tu, yang tak dapat hisap jari je la. termasuk aku pun tak dapat ape-ape. Gambar sebelah tu aku tengah berucap selaku pengerusi program.
Gambar sebelah ni pulak yang sebelah kanan aku sekali (baju
merah) En Mohana Krishnan KJ Jab Mekanikal, Hj Rosli KJ Jabatan Awam, Sebelah kiri aku pulak Tn Hj Kamaruddin Hj Hamzah (Pengarah PSAS), En.Azhari Noor B. Ahmad Tim. Pengarah PSAS, En.Zulkurnain KJ JMSK dan En Adnan KJ Perdagangan.
Habis program, hadiah dah dapat, tibalah masanya kami menjamu selera. huh...tak larat nak makan laa. apa taknye dah penat sangat. tengok la aksi memutuskan tali perut kat bawah tu. nak menang bukan senang. Apapun diharap dengan terlaksananya program ini ikatan ukhuwah sesama kami semakin kukuh dan semakin erat. bukan hanya kemenangan yang dicari tetapi kemesraaan dan kerjasama antara sesama kita yang diharapkan. terima kasih untuk semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Jutaan terima kasih juga buat penderma baik dari luar maupun dari dalam.

Rabu, 12 Disember 2007

gambar staf jabatan

inilah gambar staf JPA PSAS, ada lagi dua tiga orang yang tak termasuk dalam gambar ni. di JPA ni ada dua unit, satu unit agama, satu lagi english. staf lelaki semuanya ustaz.

kereta kawe

taubat menurut Ibrahim Adham

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Akikah di Pusat Islam


inilah aktiviti rutin yang dilaksanakan oleh kami disini, yang pegang pisau tu aku, akikah ni kami buat kadang-kadang 2 kali setahun. sekali buat 2 ekor lembu. apapun saya mengucapkan banyak-banyak terima kasihlah kepada tuan-tuan yang sama-sama bersusah payah menymbang tenaga dan wang ringgit untuk melaksanakan aktiviti ini.

apa sembahyang tu

MENGAPA Melayu muslim sembahyang? Banyak tidak dapat menjawab soalan mengenai siapakah hyang. Namun sebutan ‘sembahyang’ kerap diguna dalam memberi maksud bentuk ibadah khusus terhadap Allah, Tuhan yang satu. Sekalipun hyang bukan Allah, namun sembahyang bukanlah menyembah hyang sebab pemahaman hyang bukanlah Allah sebagaimana difahami dalam akidah muslim.

Bangsa Melayu Nusantara memeluk Islam tidak sezaman dengan pengislaman bangsa-bangsa Arab, Afrika atau Andalusia. Secara mudah, kerancakan proses Islamisasi di Nusantara pada abad ke-13 hingga 17. Pada masa itu kemunculan pusat-pusat kebudayaan Islam seperti Pasai, Melaka, Acheh, Brunei, Sulu, Pattani, Demak dan Riau (sekadar beberapa nama).

Sebelum wahyu pertama diturunkan di Makkah (610M), Melayu Nusantara sudah menganut animisme, kemudian agama Buddha dan Hindu. Sebagaimana tamadun dunia yang lain merakam animisme sebagai satu anutan agama, kepercayaan ini juga sangat kuat kepada bangsa Melayu. Animisme bangsa Melayu mempercayai roh nenek moyang sangat mempengaruhi orang yang hidup. Roh nenek moyang disebut ‘poyang’ atau ‘hyang’. Pemujaan atau menjaga roh hyang adalah rutin beragama zaman pra-Buddha Hindu.

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (1990) dalam Pemikiran Umat Islam di Nusantara, hyang yang asalnya dikaitkan dengan roh nenek moyang sebenarnya diperkuat dengan maksud dewa. Maka timbul istilah ‘sembahyang’ bermaksud menyembah hyang atau menyembah dewa. Kahyangan (kayangan) pula bererti tempat dewa-dewa.

Penerimaan agama Buddha dan Hindu tidak menghapuskan konsep penjagaan roh nenek moyang atau hyang kepada waris-warisnya. Sangking kuatnya pegangan animisme, konsep ketuhanan dalam Buddha-Hindu seperti terpaksa menerima konsep pemujaan roh nenek moyang ini. Buddha-Hindu pula menambah konsep ‘dewaraja’ yang menggambarkan raja-raja di Nusantara adalah titisan dewa-dewa. Kesatuan pemujaan roh nenek moyang dengan dewaraja tembah menguatkan pegangan bangsa Melayu dahulu berkenaan penyembahan hyang. Menyembah hyang bukan saja memuja roh nenek moyang, malah roh raja-raja yang juga berketurunan para dewa.

Hari ini banyak candi zaman silam dikesan ada di Nusantara, termasuk yang besar seperti Angkor di Kemboja dan Borobudur di Jawa Indonesia. Candi bererti ‘nisan’ sebagai makam roh. Candi-candi kecil ada di merata tempat termasuk di Lembah Bujang Kedah. Misalnya Candi Borobudur disiapkan dalam tempoh 75 tahun sebagai pusat pemujaan 10 roh raja kerajaan Sailendra. Di Jawa banyak lagi candi yang dikhaskan untuk ajaran Hindu seperti Prambanan warisan kerajaan Majapahit. Perlu diketahui kerajaan-kerajaan Buddha-Hindu di Nusantara telah berkembang dan bertahan bermula kurun ke-7 hingga ke-14.

Masa yang begitu lama sejak zaman animisme kemudian memasuki zaman Buddha-Hindu, bangsa Melayu seperti sudah sebati dengan konsep pemujaan roh dan dewa. Menerima agama Islam bukanlah bermakna bangsa Melayu Nusantara meninggalkan sepenuhnya tradisi zaman silam. Sistem sosial berkasta dalam ajaran Hindu sekurang-kurangnya masih diterjemah dalam bentuk ‘golongan pemerintah’ dan ‘golongan diperintah’.

Dalam arus kemodernan hari ini pun, masih kedapatan antara kumpulan dalam bangsa Melayu yang sangat prihatin tentang hidupnya kerana percaya dalam perhatian roh-roh hyang selain percaya juga ‘Allah yang Maha Mengetahui’. Malah dipercayai roh menempati sesuatu objek, lalu objek-objek berkenaan mempunyai roh atau semangat. Biasa didengar misalnya tanah sawah, busut besar, pokok dan waktu malam dianggap mempunyai semangatnya tersendiri. Di sana ditambah lagi dengan pemujaan semangat objek berkenaan.

Ada sesetengah kiyai dulu dan sekarang mempunyai ilmu kebatinan yang bersifat luar biasa. Mereka mendakwa dapat berhubungan dengan roh atau hyang. Guru agama yang kebal dan pakar ilmu mistik menjadi sebagian budaya beragama, dan sebagian masyarakat Nusantara menerima unsur itu sebagai salah satu keistimewaan kiyai atau Islam. Sukar kepada orang biasa mahu membedakan antara ilmu sihir atau karomah seorang wali kerana pelakunya menggambarkan imej guru agama yang warak dan zuhud. Jika ada kubur pemimpin atau kiyai yang terus dipuja, tidak lain merupakan lanjutan tradisi pemujaan hyang sejak zaman animisme lagi.

Tahun 70-an dahulu masih kedengaran pesan orang tua-tua supaya jangan membuat sayur berkuah sewaktu kenduri arwah kerana akan memberi kesan buruk terhadap arwah dalam kubur atau roh si mati.

Proses Islamisasi di Nusantara juga merupakan proses evolusi. Tidak ada catatan wujudnya ‘perang akidah’ sebagaimana Perang Badar pada zaman Rasulullah. Para pendakwah dari luar (Arab, Parsi dan India), termasuk pendakwah tempatan seperti ‘Wali Songo’ mengambil jalan halus dan tidak berkonfrontasi dengan sistem sedia ada. Sebahagian amalan tradisi zaman silam telah diadaptasikan dengan Islam, atau ditambah sebagaimana dikehendaki dalam agama. Sebab itu istilah ‘sembahyang’ terus digunakan untuk memberi maksud solat, iaitu menyembah Allah Yang Esa.

Maka timbul perselisihan hujah sesuatu amalan itu berasal daripada tradisi Buddha-Hindu atau adat biasa. Antara amalan yang masih didebatkan antara ulama dan budayawan ialah tepung tawar, merenjis air mawar, persandingan pengantin dan memasang pelita pada malam hari raya.

Ulama-ulama sunah pula bertikai dengan ulama-ulama tradisional mengenai kesahihan amalan tawasul kepada roh orang mati (roh nenek moyang atau poyang atau hyang) dan hal-hal kenduri arwah. Konsep ‘memuja roh atau hyang’ mungkin lebih lunak disebut sebagai ‘mengingati arwah’ terus menjadi pilihan masyarakat kerana berjaya diserlahkan dalam bentuk ritual islam. Sekalipun dihukum sunat, namun seakan wajib kerana difahami perlunya orang hidup meneruskan hubungan dengan roh atau hyang.

Kesimpulannya, adaptasi amalan tradisi pra-Islam dengan bacaan selawat, doa, ratib serta wirid menambah kuat kepercayaan orang biasa bahawa itu adalah amalan Islam dan sunah Nabi s.a.w., tambahan pula didukung kuat oleh institusi agama dan kuasa politik.

Jahil sejarah tradisi bangsa, ketidakfahaman mengenai adat tradisi dan ibadah, menggambarkan akan berterusnya tasawur bangsa Melayu dalam beragama. Tasawur ini masih tidak terjejas sekalipun al Quran dan Sunah menjadi janji pegangan. Telah jelas dalam surah al Baqarah ayat 2 (maksudnya) “Kitab (al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada mereka yang bertakwa”. Satu lagi dalam surah al Israa ayat 36 (maksudnya) “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya.”

gambar terkini


gambar ni ambik semasa kursus Training Of Trainer PIPA (Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam) di Impian Resort, Morib.

keluargaku


ni la gambar keluarga kawe yang terkini, gambar ni ambik masa sebelum raya pose baru ni, saja test baju raya. hensem tak kawe?